Maqna Esports Berjaya Di Musim pertama 2022
Bagi sesiapa yang tidak tahu, pro club adalah salah satu sukan permainan secara virtual yang dikawal seramai 11 orang pemain seperti permainan bola sepak sebenar.
Pada Minggu perlawanan terakhir liga pihak MAQNA MOMENTO VENTURES telah membuat persediaan studio bagi mengumpul kesemua 11 pemain MAQNA ESPORTS bermain secara online bersama-sama bagi meningkatkan semangat para pemain dan secara tidak langsung dapat memberikan fokus 100% pada perlawanan terakhir liga tersebut.
Bukan itu sahaja, pihak (MMV) juga telah menjemput pengulas bola sepak yang meningkat naik nama dalam sukan sebenar mahupun e-sukan iaitu saudara Aiman Roshizam atau dikenali sebagai Aiman Sikaichii.
Ketika tiupan wisel penamat dibunyikan, keadaan di dalam studio begitu riuh dengan sorakan kejayaan seperti berada di Stadium (OT) bukan Old Trafford. Bagi para pemain dan sesiapa yang terlibat pada hari tersebut ia merupakan 1 kenangan dan pengalaman indah yang sukar dilupakan dalam dunia permainan suka virtual bola sepak ini.
Apa yang admin nampak, pihak MAQNA MOMENTO VENTURES telah berjaya membawa pasukan pro club e-sukan ke tahap yang lebih jelas tinggi kerana para pemain bukan sahaja bermain secara hobi tetapi dibayar dengan agak lumayan. Basic pemain yang menyertai pasukan dibawah naungan MMV semusim (kira-kira 4-6 bulan) akan mendapat sehelai jersey pasukan dan 50% bayaran CD FIFA manakala bagi pemain yang menyertai pasukan dalam masa 3 musim ( 1 tahun) akan dapat tambahan ps+ setahun elaun dan bonus terkumpul.
Bukan itu saja, pihak MMV juga telah menunaikan janji memberi hadiah selaku juara dan bonus terkumpul (semasa) sperti dibawah :