Bantuan Aidilfitri Khas, Pesara RM250 Dan Penjawat Awam RM500


 Terkini semasa, Kerajaan telah umumkan akan memberi Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM 500 manakala kepada pesara kerajaan mendapat sebanyak RM250. 


Pemberian ini turut membabitkan kakitangan lantikan kontrak, pegawai sambilan harian, kontrak untuk perkhidmatan serta lantikan di bawah MySTEP. Bantuan khas ini jelas akan memberi manfaat kepada lebih 2 juta pejawat awam dan pesara . Bantuan ini ada mula dibayar melalui pembayaran gaji bulan Mei iaitu bermula tarikh 6 Mei hadapan.


Pengumuman Bantuan Khas tahun ini dibuat lebih awal berbanding tahun sebelumnya kerana keprihatinan kerajaan untuk membantu rakyat membuat persiapan awal menjelang bulan syawal. Bantuan Khas ini juga bagi menghargai pengorbanan dan jasa pejawat awam semasa mengalas tanggungjawab perkhidmatan kepada rakyat, Terutama ketika negara sedang mengharungi tempoh cabaran pendemik ketika ini.


Secara tradisi kerajaan setiap tahun akan memberikan sejumlah bantuan khas menjelang syawal khusus kepada pesara kerajaan dan penjawat awam bagi meringankan beban membeli barangan untuk persiapan aidilfitri.

Sehungan itu, rakyat berharap pemberian Bantuan Khusus Khas Kewangan AIdilfitri ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang. 

Next Post Previous Post
1 Comments
  • SITI ABIDAH BINTI ZAMRI
    SITI ABIDAH BINTI ZAMRI 24 May 2021 at 16:57

    990708075338

Add Comment
comment url