CARA MOHON & PROSES TUNTUTAN (MySALAM) - B40&M40

 






Permohonan, Semakan Status Dan Proses Tuntutan (MySalam B40&M40)


MySalam adalah inisisatif takaful perlindungan kesihatan percuma yang bertujuan untuk menyediakan takaful bagi individu yang layak menerima faedah Program Perlindungan Komuniti MySalam melalui Dana Amanah MySalam.


Walau bagaimanapun , dari 11 Februari hingga 31 Mac 2020, kumpulan M40

dengan pendapatan di bawah RM100,000 juga boleh memohon pendaftaran di bawah MySalam "skim perlindungan takaful percuma" dan memanfaatkannya .


Berikut adalah maklumat lanjut mengenai skim MySalam, faedahnya serta cara membuat tuntutan MySalam 


Matlamat MySalam 


Kerajaan berharap dapat menyediakan program perlindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan pertolongan bagi mengatasi masalah kewangan ketika mereka jatuh sakit .

Insurans takaful adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan, untuk membantu dan memudahkan golongan berpendapatan rendah menjalani kehidupan yang normal ketika menghadapi masalah kewangan yang timbul akibat penyakit yang dihadapi ,




Kelayakan Dan Faedah MySalam 


1.Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH);

- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpasanganm;

- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hiduo (BSH);

- Penyakit kritikal RM8,000+ hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

2.Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH);

- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan sehingga RM100,000 setahun 

- Bagi penyakit kritikal RM4,000+hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari


Cara mendaftar 


Bagi anda yang ingin mendaftar program perlindungan MySalam ini, anda mesti memberikan maklumat dalam borang melalui dalam talian di halaman pendaftaran di laman we MySalam rasmi . Untuk Maklumat lebih lanjut seperti, kelayakan program, perincian faedah , kelayakan faedah status tuntutan, senarai hospital dan banyak lagi , boleh didapati melalui www.mysalam.com.my dengan log masuk menggunakan no.pengenalan dan kata lalun setelah itu dihantar kepada anada melalui SMS (atau kata lalun terakhir yang telah ditetapkan). Anda mendapatkan bantuan di kios MySalam yang terdekat dengan anda:


Selangor 

- Hospital Selayang

- Hospital Kajang 

- Hospital Serdang 

- Hospital Sg.Buloh 

- Hospital Kuala Kubu Bahru

- Hospital Banting 

- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

- Hosptal Tanjung Karang

- Hospital Sabak Bernam 


Wilayah Persekutuan 

- Hospital Kuala Lumpur

- Hospital Ampang 

- Hospital Putrajaya

- HospitalUniversiti Kebangsaan Malaysia 

- Institusi Kanser Negara


Pulau Pinang 

- Hospital Umum Pulau Pinang

- Hospital Serbang Jaya 

- Hospital Bukit Mertajam


Perak

- Hospital Raja Permaisuri Bainun, IPOH

- Hospital Seri Manjung


Perlis 

- Hospital Tuanku Fauziah


Kedah 

- Hospital Sulatanah Bahiyah, 

- Hospital Kulim


Terengganu 

- Hospital Sultanah Zahira

- Hospital Besut


Kelantan 

- Hospital Raja Perempuan Zainab

- Hospital Universiti Sains Malaysia 


Johor 

-Hospital Sultanah Aminah

- Hospital Sultan Ismail 

- Hospital Pakar Sultanah Fatimah 


Pahang 

-Hospital Tengku Ampuan Afzan


Sarawak 

- Hospital Umum Kuching

- Hospital Sibu

- Hospital Bintulu


Sabah

- Hospital Queen Elizebeth 1

- Hospital Wanita dan Kanak Likas


Cara Mengemukakan tuntutan;

I.Tunturan Penyakit Kritikal


Langkah yang pertama ; Anda perlu melayari www.mysalam.com.my. dan log masuk menggunakan no.kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau laluan terkini yang telah ditetapkan)


Langkah yang kedua ; Klik 'Muat turun borang ' dan muat turun borang 'Penyakit kritikal - kenyataan doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal 


Langkah yang ketiga ; anda perlu mendapatkan doktor atau doktor pakar yang merawat adna bagi melengkapkan borang 'penyakit kritikal - kenyataan doktor'


Langkah yang keempat ; Anda perlu log masuk www.mysalam.com.my  dan klik ikon 'tuntutan kemudian ikon 'penghantaran tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ' tuntutan penyakit kritikal.


Langkah yang kelima ; Anda perlu masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ' muat naik' bagi memuat naik dokumen tersebut dalam format (PDF / JPEG)


i ) Borang penyakit kritikal - kenyataan doktor

ii ) Salinan dokumen pengenalan, contohnya, kad pengenalan (DEPAN BELAKANG)


Langkah yang terakhir ; Klik butang 'Hantar' bagi melengkapkan proses tuntutan.


II.Tuntutan hospitalisasi


Langkah yang pertama ; Macam biasa anda perlu melayari www.mysalam.com.my  dan log masuk menggunakan no.kad pengenalan  dan kata laluan yang dihantar kepada  anda 

melalui SMS (atau kata laluan terkini yg anda tetapkan )


Kemudian ; Klik ikon 'tuntutan', kemudian ikon ' penghantaran tuntutan'. Skrol kebawah laman dan klik ikon 'tuntutan Hospitalisasi'


Selepas itu ; anda perlu masukkan maklumat yang diperlukan dan klk butang 'muat naik' untuk memuat naik dokumen dalam format (PDF/JPEG)


i ) Salinan nota discaj

i ) Salinan dokumen pengenalan, contohnya kad pengenalan (DEPAN BELAKANG)

Akhir sekali l Klik butang 'Hantar' bagi melengkapkan proses penghantaran tuntutan .

 Berapa lama proses tuntutan dibuat ?

Jangan risau , setelah mereka menerima dokumen tuntutan yang lengkap , anggaran masa untuk memproses tuntutan kemasukan ke hospital dan penyakit kritikal hanyalah sepuluh hari bekerja .


Akan tetapi , perlu dirisaukan sekiranya dokumen atau maklumat yang diterima tidak llenmgkap, mungkin memerlukan waktu lebih lama atau tuntutan tidak dapat diproses hingga dokumen yang diperlukan diterima  , hihi saya gurau sahaja , InshAllah pasti ada rezeki jika berusaha .


Anda boleh menyemak status tuntutan melalui portal dalam talian www.mysalam.com.my.


Anda tiada masa untuk semak status ? tidak mengapa jangan risau , pihak mereka akan memaklumkan kepada anda melalui SMS sama ada tuntutan anda diluluskan atau tidak ,


Senarai 45 penyakit kritikal yang akan dilindungi


Sebarang pertanyaan atau Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh hantar e-mel ke 

info@mysalam.com.my

atau lebih cepat lagi hubungi talian MySalam 

1 300 888 938

Beroperasi 24 jam sehari 7 hari seminggu





Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url