Skim Perlindungan Nasional B40 (MySALAM) sehingga Dis 2023




Terkini Semasa, Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2 November 2018 lalu telah meluluskan beberapa program bantuan yang mampu memberi manfaat kepada rakyat terutama kepada golongan B40. Pembentangan belanjawan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah meluluskan Skim Perlindungan Nasional B40 yang akan mula dilaksanakan bermula 1 Januari 2019.

Skim Perlindungan Nasional B40 yang merupakan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma mensasarkan dapat membantu golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan. Kerajaan menjangkakan skim ini akan memberi manfaat kepada 4.1 juta isi rumah B40 yang berumur dari 18 hingga 55 tahun.

Dana permulaan sebanyak RM2 billion akan dibelanjakan oleh syarikat insurans, Great Eastern Holdings melalui kerjasama dengan syariakat insurans itu untuk membantu golongan B40 bagi menghadapi kos mendapatkan rawatan di hospital dan penyakit kritikal yang boleh menjejaskan aliran pendapatan mereka. Seperti yang kita sedia maklum, kos perubatan semakin meningkat. Oleh itu kerajaan berharap skim ini dapat meringankan beban rakyat. Melalui skim ini juga, mereka layak untuk mendapatkan perlindungan kesihatan secara percuma untuk 36 jenis penyakit kritikal dan akan mendapat bayaran sehingga RM 8,000.

Peserta skim juga layak untuk mendapat bayaran pendapatan gantian pada kadar RM 50 sehari atau bersamaan dengan RM 700 setahun untuk tempoh 14 hari maksimum ketika mendapat rawatan. Skim ini merupakan yang pertama kali dilaksanakan di Malaysia sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan untuk memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan, mengurangkan kos sara hidup dan usaha mensejahterakan rakyat.

Perluasan Skim MySalam yang kini dikenali sebagai Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat kepada bukan penerima BSH atau golongan M40 telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 11 Februari 2020. 

SKIM MYSALAM 

Skim mySalam turut dibentangkan ketika Belanjawan 2020 dengan penambahbaikan bermula 1 Januari 2020 iaitu:Pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat Online Tahun 2021Perlindungan diperluas kepada 45 penyakit kritikal termasuk penyakit polio dan terminal berbanding 36 penyakitPendaftaran MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat Online Tahun 2021Had kelayakan umur bagi individu dipertingkatkan kepada 65 tahun berbanding 55 tahun ketika ini. Pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat Online Tahun 2021Individu yang berpendapatan kasar sehingga RM100,000 setahun atau (bukan golongan B40) akan menerima bayaran bagi penyakit kritikal sebanyak RM4,000 serta bayaran gantian pendapatan sebanyak RM50 sehari terhad kepada 14 hari hanya jika didiagnos dan dimasukkan ke hospital kerajaan. 

Tarikh rasmi pendaftaran MYSALAM

MULA - 1 Mac 2019

TUTUP - 31 Dis 2023


JENIS-JENIS BANTUAN MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN

Kumpulan sasaran skim ini adalah untuk golongan B40 berumur 18 hingga 55 tahun
Pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat Online Tahun 2021Bayaran maksimum RM 8,000 dalam tempoh yang ditetapkan dan akan diumumkan kemudian. 
Pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat Online Tahun 2021Bayaran harian sebanyak RM 50 sehari untuk 14 hari maksimum atau bersamaan dengan RM 700 setahun. 
Pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat Online Tahun 2021Tuntutan boleh dilakukan secara atas talian di laman sesawang rasmi MySalam. 


MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

 Untuk maklumat lanjut mengenai MySalam skim perlindungan kesihatan masyarakat:Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 WP PUTRAJAYA. 

Hubungi: 03-8000 8000
Talian Khidmat Pelanggan : 1-300-88-8938 (24 Jam)
Faks: 03-88823893 / 03-88823894

          
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url

You may also like